Amati setulus hati seni, bahasa, adat dan budaya bangsa berteraskan agama dengan akal budi sebagai bukti kemajuan sesuatu tamadun duniawi menuju keredhaan Ilahi pasti. Klik di sini.
Baru atau lama tetap ada manfaatnya jika betul nilai-nilai yang disemai, elemen yang dipakai, struktur yang dipatri, faktor yang diteliti dan paling penting nilai tersendiri penuh inspirasi lagi dihormati setulus hati kekal ke akhir zaman nanti.
Bagai mimpi di siang hari pepatah Melayu yang begitu indah sekali memberi maksud tersendiri membentuk jatidiri. Bermimpilah di kamar sendiri jadikan realiti usah sibuk dengan mimpi yang tidak pasti bukan empunya tanah air sendiri. Majulah kita dengan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati.
Alam semulajadi nilai tersendiri. Seorang pencinta alam juga seni yang sedang membina jatidiri dengan dunia deklamasi puisi. Aktif menyertai pertandingan tahunan deklamasi puisi merdeka di peringkat negeri. Pernah menjadi juara deklamasi peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga dan kedua beberapa kali di negeri. Seringkali diundang mendeklamasi puisi pelbagai acara dan majlis di sana sini. Terbaru bulan Mei lepas dijemput oleh RTM untuk mendeklamasi puisi tema Hari Pekerja dalam rancangan Hujung Minggu Malaysia secara langsung di Tasik Titiwangsa dengan rela hati. Membantu adik-adik sekolah menengah berhampiran dalam deklamasi juga lagu dan puisi. Baru berjinak dengan bidang penulisan puisi dan telah menghasilkan beberapa karya puisi. Boleh dihubungi untuk jemputan deklamasi puisi di emel
drimba81@gmail.com.