Selasa, 8 September 2009

BANCUH

Bancuhkan seteguk cinta Ramadhan dengan penuh keimanan.

Tampikan ketakwaan dengan ilmu yang diamalkan.

Isnin, 31 Ogos 2009

SINAR

Sinar cahaya merdeka menyuluhi celah-celah runtuhan bahasa ibunda yang kian dimamah arus globalisasi dunia.

Jumaat, 31 Julai 2009

SEGAR

Segari kembali sepi ini dengan penawar waktu yang mujarab mengubati hati .

Khamis, 18 Jun 2009

MESRA

Mesra bersama selesa sejahtera bahagia sentosa seia sekata hargai nilai kita.

Ahad, 14 Jun 2009

ANEKA

Aneka bentuk, rupa dan warna punyai beza yang kita perlu pelihara manfaati sebaiknya.

Rabu, 10 Jun 2009

BAHASA

Bahasa Arab, bahasa Melayu dan tulisan Jawi amat akrab semenjak dahulu bernilai Islami. Klik di sini.

Ahad, 7 Jun 2009

REZEKI


Rezeki dicari di bumi Ilahi riba' dijauhi.

Rabu, 3 Jun 2009

Khamis, 28 Mei 2009

ADA

Ada baru ada lamanya ada ilmu ada jiwanya.

Ada lama ada barunya ada bangsa ada Melayunya.

Isnin, 25 Mei 2009

RIMBUN

Rimbunan nan hijau insan kan terpukau.

Jumaat, 22 Mei 2009

NILAI

Tidak ternilai keindahan sebuah kehidupan di muka bumi Tuhan.

Rabu, 20 Mei 2009

LENGKAP

Saling lengkap-melengkapi dalam hidup ini.

Ahad, 17 Mei 2009

TUMBUHAN

Alam tumbuhan subur rimbunan pepohonan memukau pandangan panorama keindahan.

Jumaat, 15 Mei 2009

SEGAR

Segarkan keindahan kediaman dengan tumbuhan penuh kehijauan ciptaan Tuhan.

Rabu, 13 Mei 2009

KERAS

Kekerasan memaksa insan bertindak di luar batasan kesabaran penawar segala kekalutan kembalilah kepada pendekatan kelembutan akan beroleh kebaikan.

Ahad, 10 Mei 2009

LENA

Bangunlah dari lena diulik mimpi usah dibiar negara bangsa dijajah lagi dengan segala macam asimilasi yang melali.

Rabu, 6 Mei 2009

HASIL BUMI


Hasil bumi di tanah air sendiri menginsafi diri agar terus menikmati damai abadi. Bersatulah hati setiap insani damaikan kembali kehijauan bumi Ilahi.

Ahad, 3 Mei 2009

TINGKAT

Tingkat demi tingkat kita mengangkat harkat makna dan amanat bangsa bermartabat.

Rabu, 29 April 2009

GUGUR


Daun-daun berguguran menyembah bumi berserakan menjadi baja menyuburkan alam ciptaan Tuhan.

Sabtu, 25 April 2009

SUCI

Suci bersih lagi berseri putih menerangi hidup ini sesuci embun pagi sinari kembali Nur Ilahi dalam hati setiap insani.

Selasa, 21 April 2009

BERANI

Merah berani motivasi diri agar berdiri sama tinggi bermusafir di tanah air sendiri menikmati hasil bumi tidak rela dijajah lagi pemikiran dan diri. Klik di sini.

Khamis, 16 April 2009

BUKA

Pintu sentiasa terbuka untuk semua memberi dan menerima kalian diutama agama terasnya bahasa tetap terpelihara bangsa maju segala.

Jumaat, 10 April 2009

AIR

Air membasahi bumi menyuburi hasil tani melimpahi rezeki memekari setanggi harum mewangi. Setiap insan pasti merasai nikmat yang diberi Ilahi perlu disyukuri sepenuh hati.

Isnin, 6 April 2009

MESRA ALAM


Memesrai alam amat mendamaikan akal dan fikiran lebih menghargai kehidupan menjana ilham maju di masa depan menuju keredhaan Tuhan.

Jumaat, 3 April 2009

HIJAU

Kehijauan amat menyegarkan memberi ketenangan cukup mendamaikan akal dan fikiran. Setiap kehidupan ciptaan Tuhan mempunyai peranan saling perlu memerlukan memberi manfaat sesama insan juga kehidupan.

Selasa, 31 Mac 2009

SENI

Amati setulus hati seni, bahasa, adat dan budaya bangsa berteraskan agama dengan akal budi sebagai bukti kemajuan sesuatu tamadun duniawi menuju keredhaan Ilahi pasti. Klik di sini.


Isnin, 30 Mac 2009

BARU DAN LAMA

Baru atau lama tetap ada manfaatnya jika betul nilai-nilai yang disemai, elemen yang dipakai, struktur yang dipatri, faktor yang diteliti dan paling penting nilai tersendiri penuh inspirasi lagi dihormati setulus hati kekal ke akhir zaman nanti.

Jumaat, 27 Mac 2009

RUJUKAN


Rujukan alam dan buku Melayu pasti mengilhamkan sesuatu yang unik dan maju diacu terus menuju mercu.

Selasa, 24 Mac 2009

TANAH

Tanah air kelahiran kita pelbagai khazanah seni, adat, budaya dan bangsa berteraskan agama. Suburkan seni laman budaya bangsa hingga ke pentas dunia.

Jumaat, 20 Mac 2009

LILIN


Hidup umpama lilin membakar diri menerangi rela berkorban. Cahaya menerangi gelap malam kehidupan. Bercahayalah seluruh kehidupan insan.

Selasa, 17 Mac 2009

MIMPI



Bagai mimpi di siang hari pepatah Melayu yang begitu indah sekali memberi maksud tersendiri membentuk jatidiri. Bermimpilah di kamar sendiri jadikan realiti usah sibuk dengan mimpi yang tidak pasti bukan empunya tanah air sendiri. Majulah kita dengan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati.

Sabtu, 7 Mac 2009

JERAMI ASLI

Tikar jerami pelbagai guna tirai tingkap mahupun lapik meja tetap bergaya serba sederhana jimat segala.

Isnin, 2 Mac 2009

KAYU

Warna kayu mendominasi ruang makan serba sederhana memesrai alam semulajadi dengan palma hidup menambah oksigen tampak segar suasana.

Jumaat, 27 Februari 2009

MELAYU JEPUN

Melayu Jepun gabungan dekorasi yang amat serasi budaya tersendiri maju dengan acuan tersendiri memesrai alam semulajadi anugerah Ilahi.