Selasa, 31 Mac 2009

SENI

Amati setulus hati seni, bahasa, adat dan budaya bangsa berteraskan agama dengan akal budi sebagai bukti kemajuan sesuatu tamadun duniawi menuju keredhaan Ilahi pasti. Klik di sini.


Isnin, 30 Mac 2009

BARU DAN LAMA

Baru atau lama tetap ada manfaatnya jika betul nilai-nilai yang disemai, elemen yang dipakai, struktur yang dipatri, faktor yang diteliti dan paling penting nilai tersendiri penuh inspirasi lagi dihormati setulus hati kekal ke akhir zaman nanti.

Jumaat, 27 Mac 2009

RUJUKAN


Rujukan alam dan buku Melayu pasti mengilhamkan sesuatu yang unik dan maju diacu terus menuju mercu.

Selasa, 24 Mac 2009

TANAH

Tanah air kelahiran kita pelbagai khazanah seni, adat, budaya dan bangsa berteraskan agama. Suburkan seni laman budaya bangsa hingga ke pentas dunia.

Jumaat, 20 Mac 2009

LILIN


Hidup umpama lilin membakar diri menerangi rela berkorban. Cahaya menerangi gelap malam kehidupan. Bercahayalah seluruh kehidupan insan.

Selasa, 17 Mac 2009

MIMPI



Bagai mimpi di siang hari pepatah Melayu yang begitu indah sekali memberi maksud tersendiri membentuk jatidiri. Bermimpilah di kamar sendiri jadikan realiti usah sibuk dengan mimpi yang tidak pasti bukan empunya tanah air sendiri. Majulah kita dengan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati.

Sabtu, 7 Mac 2009

JERAMI ASLI

Tikar jerami pelbagai guna tirai tingkap mahupun lapik meja tetap bergaya serba sederhana jimat segala.

Isnin, 2 Mac 2009

KAYU

Warna kayu mendominasi ruang makan serba sederhana memesrai alam semulajadi dengan palma hidup menambah oksigen tampak segar suasana.