Rabu, 29 April 2009

GUGUR


Daun-daun berguguran menyembah bumi berserakan menjadi baja menyuburkan alam ciptaan Tuhan.

Sabtu, 25 April 2009

SUCI

Suci bersih lagi berseri putih menerangi hidup ini sesuci embun pagi sinari kembali Nur Ilahi dalam hati setiap insani.

Selasa, 21 April 2009

BERANI

Merah berani motivasi diri agar berdiri sama tinggi bermusafir di tanah air sendiri menikmati hasil bumi tidak rela dijajah lagi pemikiran dan diri. Klik di sini.

Khamis, 16 April 2009

BUKA

Pintu sentiasa terbuka untuk semua memberi dan menerima kalian diutama agama terasnya bahasa tetap terpelihara bangsa maju segala.

Jumaat, 10 April 2009

AIR

Air membasahi bumi menyuburi hasil tani melimpahi rezeki memekari setanggi harum mewangi. Setiap insan pasti merasai nikmat yang diberi Ilahi perlu disyukuri sepenuh hati.

Isnin, 6 April 2009

MESRA ALAM


Memesrai alam amat mendamaikan akal dan fikiran lebih menghargai kehidupan menjana ilham maju di masa depan menuju keredhaan Tuhan.

Jumaat, 3 April 2009

HIJAU

Kehijauan amat menyegarkan memberi ketenangan cukup mendamaikan akal dan fikiran. Setiap kehidupan ciptaan Tuhan mempunyai peranan saling perlu memerlukan memberi manfaat sesama insan juga kehidupan.